7000 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya peringkat negeri Sabah

Karnival Kerjaya’ peringkat negeri Sabah akan diadakan di Pusat Perdagangan Sabah pada 29 hingga 31 Julai 2011 ini. Karnival kerjaya yang diadakan selama tiga hari itu akan menyediakan 7,000 peluang pekerjaan kepada para pencari kerja di negeri ini. Sebanyak 150 syarikat dari seluruh negara termasuk daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyertai karnival dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan daripada jawatan rendah hingga ke jawatan eksekutif daripada semua sektor pekerjaan. Antara syarikat yang akan menyertai karnival kerjaya ini ialah Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bernas, Lembaga Tabung Haji (LUTH), Tan Chong Group dan Sawit Kinabalu. Belia-belia dari seluruh negeri ini yang sedang mencari pekerjaan  jangan lepaskan peluang untuk datang ke karnival yang akan diadakan dan jangan lupa membawa dokumen terutamanya sijil kelayakan masing-masing untuk mendaftar mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda.